Borang UPU Online. Isi Dengan Betul dan Ikut Format! PENTING!

Borang UPU Online. Isi Dengan Betul dan Ikut Format! PENTING!

borang upu

Berdasarkan pengalaman MyUPU, yang acapkali berkongsi pengalaman dan info dengan adik-adik pelajar lepasan SPM terutamanya dan STPM.

Kami perhatikan mereka selalu membuat kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan pada ketika mahu isi borang UPU online. Kadang-kadang kesilapan yang dilakukan itulah menyebabkan permohonan mereka ditolak mentah-mentah oleh sistem.

10 Tips Isi Borang UPU Online

Jangan terlepas walau satu pun dari melakukan perkara-perkara di bawah pada ketika isi borang UPU online anda.

1. Kami nasihatkan anda menggunakan Internet yang disambungkan dengan Internet di sekolah anda. Ini kerana sambungan internet di sekolah kebanyakan LEBIH BAIK berbanding di rumah ataupun di kedai komputer (Cybercafe). Anda boleh minta sahaja izin dan kebenaran dengan guru kaunselor sekolah anda untuk menggunakannya. Ini kerana jikalau anda menggunakan sambung yang lemah, anda bakal berhadapan dengan masalah hantar borang UPU online secara berulang kali dek kerana kelemahan sambungan internet di tempat lain.

2. Kami syorkan anda menggunakan browser Firefox ataupun Internet Explorer. Pastikan anda menggunakan versi terkini browser Firefox ataupun Internet Explorer.

3. Ini satu lagi masalah. Ada letak kata laluan, tetapi hilang pula. Sangatlah besar masalah jikalau kehilangan kata laluan. Jadi buatlah backup di telefon bimbit ayah atau ibu anda dan letakkan di buku catatan supaya tersimpan dengan selamat untuk rujukan anda di kemudian hari

4. Sebelum anda isi borang UPU online, anda hendaklah pastikan fungsi popup pada browser Internet anda telah diaktifkan bagi membolehkan proses anda isi maklumat tiada sebarang masalah dan laman utama UPU dapat berfungsi dengan baik sekali

5. Kami sarankan anda ambil gambar borang permohonan UPU online sebagai rujukan tambahan yang anda sudah selesai isi dan hantar borang tersebut selengkapnya. Ia sebagai tambahan rujukan selain dari tindakan anda “cetak” borang UPU online tersebut.

6. Jikalau anda nampak tanda seperti * atau simbol ** jangan ambil mudah.

  • Simbol * : WAJIB anda isi ruangan tersebut
  • Simbol ** : Salah satu pilihan yang ada, anda WAJIB pilih

7. Pastikan anda tahu apa pilihan anda ketika isi borang UPU online. Contohnya jikalau anda mahu daftar dan hantar permohonan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia USM, Universiti Teknologi MARA UITM ataupun di Universiti Malaya UM, janganlah mohon melalui UPU. Begitulah sebaliknya. Begitu juga, andaikata anda mahu mohon sijil di Politeknik, perlu terus mohon di laman utama Politeknik Malaysia.

8. Nah…ini yang paling-paling penting. Anda perlu semak berulang kali. Paling kurang dua, tiga kali semak. Supaya tida satu ejaan dan pilihan yang tersilap ataupun anda tertinggal isi ruangan yang telah pun ditetapkan.

9. Berpijaklah di bumi yang nyata. Jangan terikut-terikut kehendak anda. Pilihlah program dan kursus yang sesuai dengan kelayakan anda.

Biar anda penat berkali-kali, tetapi tidak menyesal di kemudian hari.