IMASCU. UPU Semak Syarat Kemasukan ke Universiti Malaysia

IMASCU. UPU Semak Syarat Kemasukan ke Universiti Malaysia

imascu

Dahulu bukan main susah lagi nak mohon UPU. Semak syarat pun tidak mesra pengguna. Sesuai dengan peredaran teknologi yang ada pada hari ini, pihak UPU memperkenalkan satu sistem yang dipanggil IMASCU UPU Semak Syarat.

Ini adalah salah satu strategi daripada pihak UPU dengan harapan dapat mengurangkan ketidakpuashatian kalangan lepasan SPM yang gagal mendapat kursus dan program yang dihajati mereka di mana-mana universiti Malaysia.

UPU mendapati masalah ini berpunca apabila kalangan pemohon tidak dapat rujukan terbaik untuk memilih kursus dan program yang sesuai dengan kelayakan mereka. Ada kalangan pemohon yang didapati, semberono dan terikut-ikut kawan sedangkan kursus tersebut tidak sesuai dengan mereka.

Nah, itulah sebablah lahirnya sistem semak syarat UPU yang dipanggil dan dikenali dengan IMASCU. Ianya sesuai digunakan untuk lepasan SPM, lepasan STPM, lepasan Matrikulasi, lepasan Diploma, lepasan Politeknik. Walaubagaimanapun untuk UITM, USM dan UM. Universiti ini ada sistem semak syarat mereka tersendiri.

Cara Guna IMASCU Online

Dengan adanya sistem ini, ianya semudah ABC untuk diguankan. Apa yang anda perlu lakukan adalah :

Perkara Butirannya
Akses ke IMASCU KLIK SINI
  1. Masukkan segala maklumat yang diperlukan termasuklah keputusan SPM, keputusan STPM, keputusan matrikulasi, keputusan semester universiti dan sebagainya.
  2. Nah, sistem UPU semak syarat ini akan memaparkan kursus yang sesuai dengan anda
  3. Kebarangkalian untuk anda diterima masuk ke universiti awam IPTA sangatlah tinggi, jikalau anda ikut syor yang telah dikongsikan sistem ini.

Untuk ketahui, samada layak kursus tersebut di universiti atau tidak?

KLIK pada butang sebelah ini —>