Kemaskini UPU FASA 2 Lepasan Asasi UITM, PASUM, Matrikulasi

Kemaskini UPU FASA 2 Lepasan Asasi UITM, PASUM, Matrikulasi

kemaskini upu

Kepada anda yang ada hantar permohonan UPU online sebelum ini, tetapi merasakan pada ketika permohonan UPU diisikan pada FASA 1 kurang tepat dan kurang sesuai dengan syarat kemasukan UPU yang telah pun ditetapkan, nah ini peluang untuk anda memperbetulkannya.

Gunakan kemudahan dan peluang kemaskini UPU ini untuk isi permohonan UPU dengan pilihan yang lebih sesuai dengan pencapaian anda. Berdasarkan pengalaman MYUPU, pada FASA 1 Ada kalangan pelajar yang isi permohonan UPU online pada ketika keputusan peperiksaan akhir belum diumumkan lagi.

Jadi besar kemungkinan ada yang terlebih yakin untuk memilih pilihan jurusan dan kursus yang ‘sangat popular’. Sedangkan pada ketika keputusan peperiksaan akhir diketahui, rupa-rupanya pencapaian yang diterima tidak sepadan dengan syarat khas program UPU tersebut. Jikalau diteruskan pilihan tersebut, ada kemungkina permohonan anda tidak diterima, kerana ada calon yang lebih layak lagi untuk diterima masuk bagi program di universiti tersebut.

Oleh itu pihak UPU telah buka peluang utnuk anda melakukan kemaskini UPU bagi membolehkan anda menukar pilihan jurusan atau program tersebut.

Untuk makluman anda hanya terdapat beberapa maklumat peribadi pada permohonan UPU fasa 1 boleh ditukarkan. Antaranya ialah :

Alamat Rumah Anda
Nombor telefon bimbit anda
Nombor telefon bimbit ibu bapa anda
Email rasmi anda